Thursday 3 November 2011

Muzik dan Fesyen

Ketika saya berada di press conference utk IFF (Islamic Fashion Festival) di hotel JWW Marriot ada sesuatu saya pelajari dimana ketika umat islam di seluruh dunia ditindas kerana peristiwa 911 di Amerika,adalah sesuatu yg menyedihkan apabila semua umat Islam dianggap pengganas.
Tetapi saya kagum apa yg ditonjolkan oleh Datuk Shah Reeza dan YM Tengku Aishah telah membuktikan Islam adalah utk semua manusia.Bermulanya era Islamic Fesyen bagi menonjolkan seni Islam yg unik berjaya menunjukan kreativiti masyarakat di Malaysia di dalam bidang perekaan fesyen.
Saya dapat melihat kreativiti ini bole menjana ekonomi di Malaysia dan juga sedikit sebanyak boleh meredakan Islamophobia pelbagai andaian terhadap umat Islam.


Apa yg saya tahu ia bole menjana pendapatan sebanyak 90 billion dan ini juga sesuatu yg mengejutkan saya.
Betapa besar nya industri ini dan alangkah baiknya jika ianya berjaya melahirkan ramai jutawan fesyen dinegara ini.IFF bukan sahaja telah menembusi pasaran pasaran ini,malah ianya mendapat sambutan amat menggalakan dan diterima baik oleh hadirin Barat.
Sekalung tahniah kepada Datuk Shah Rezza sebagai pelakun yg saya minati dan hormati dahulu dan juga YM Tengku Aishah sebagai penaung IFF.

Mengenai muzik dan aliran di Malaysia pula,sebagai perubahan utk kebaikan Industri Muzik di Malaysia saya syorkan pada Anugerah Juara Lagu pada tahun 2011 ini kita dapat menyaksikan terutama sekali juri juri dari luar negara seperti Indonesia,Jepun,Filipina dan Singapura supaya menjadi juri jemputan bagi memeriahkan lagi AJL tahun ini.Yg selebihnya kita wakilkan juri dari negara kita utk menjadi ketua juri bagi pengadilan yg sempurna.
Apabila seorang dari juri juri luar negara dapat melihat keistimewaan bakat bakat artis kita,tdak mustahil satu hari muzik dan lagu kita akan sampai ke luar negara.Disitu seni kita akan berkembang sayap lebih jauh dari kita dapat lihat dari sekarang.
Saya mengucapkan selamat bertanding kepada artis yg lagu mereka berjaya ke peringkat separuh akhir dan harapan saya dapat melihat kelainan dari segi muzik dan persembahan yg lebih mantap kali ini.
Seingat saya ketika KOOL berada di Juara Lagu 95 dgn membawa lagu Kau Dan Aku dimana penyanyi asal ialah Ning Baizura.Kami telah berjaya menjadi juara di kategori Pop Rock dan juga membuktikan baru setahun jagung dlm Industri muzik tetapi tidak bermakna kita bodoh.
Apa yg penting ialah memberi komitment 110% dari segi nyanyian dan juga persembahan yg akan tonjolkan nanti di atas pentas.Apa yg penting penonton tidak dapat membaca apa yg akan kami persembahkan dan itu lah di panggil gimmick.Ia adalah sesuatu yg paling penting didalam persembahan dan amat berkesan untuk menambat hati penonton dan yg penting juri juri dihadapan.Begitulah tips tips yg saya berikan pada anda semua.Tidak kira pertandingan AJL ataupun Petandingan Karaoke kecil kecilan ianya tetap memerlukan komitment.Semakin besar event tersebut semakin besar komitment yg harus diberi.

Sekian wasalam,
Riot KOOL

Bersama Datuk Shah Reeza dan YM Tengku Aishah dan rakan rakan artis utk perlancaran IFF (Islamic Fesyen Festival 2011)

0 comments:

Post a Comment