Kool







































































































































Kumpulan Kool terdiri dari 4 anggota asal
1)Riot Kool
2)Hairee Kool
3)Jay Kool
4)Zack Kool





Biodata:

Riot Kool
Nama penuh:Shaiful Azri Bin Mohd Ariffin
Tarikh lahir:9 Ogos 1972
Bintang:Leo
Status:Bujang
Asal:Kuala Lumpur


Hairee Kool
Nama:Mohd Khairie Haji Yaacob
Tarikh lahir:3 Januari 1969
Bintang:Capricon
Status:Bujang
Asal:Kuala Lumpur


Jay Kool
Nama penuh:Jalani Shoib
Tarikh lahir:14 Febuari 1968
Bintang:Aquarius
Status:Berkahwin
Asal:Kuala Lumpur


Zack Kool
Nama penuh:Zulkifli Mohammad
Tarikh lahir:1 Ogos 1969
Bintang:Leo
Status:Berkahwin
Asal:Kuala Lumpur



Kool atau nama penuhnya Kami Orang Orang Lama dianggotai oleh Riot,Hairee,Zack dan Jay merupakan sebuah grup yg menampilkan muzik jenis Dance.
Kool mempunyai keistimewaan sendiri kerana keempat-empat anggota boleh menari dgn pelbagai gaya lincah dan menarik dan juga menyanyi berkumpulan.
Hairee selaku ketua kumpulan adalah penyanyi utama yg pernah merakam kan album Satu Wajah Satu Kisah ketika solo dahulu.Anak saudara kepada Khatijah Ibrahim dan anak kepada Sofia Ibrahim.
Manakala Zack dan Jay sebelum ini memang aktif menari,seingat kita lihat dikaca televisyen dlm rancangan Hiburan Minggu Ini dan lain lain program.Jay begitu aktif sebagai kereografer dan Zack pula menceburi dalam bidang lakonan.
Riot pula mempunyai kebolehan yang tersendiri dan pernah memenangi pertandingan tiru gaya Michael Jackson anjuran Pepsi dan juga juara pertandigan menari ala- Michael Jackson yg
dianjurkan oleh Sony Music.
Dengan pengalaman masing masing makan setiap persembahan yg dilakukan oleh Kool akan menampilkan gaya tarian yg cukup menarik utk ditonton.Biarpun mereka ini namanya orang orang lama,tetapi kelincahan mereka dapat menangkis gelaran tersebut.
Kumpulan Kool telah merakamkan 4 buah Album dan diedarkan oleh Sony Music
1)Kool
2)Fantasi
3)Satu Arah
4)Kool Essential


Kejayaan Kool
1)1995-Juara Pop Rock (Kau Dan Aku)
2)1996-Juara Pop Rock (Bebas)
3)1997-finalist Pop Rock (Cemburu)
4)Mewakili Malaysia utk MTV Malaysia dan Jepun
5)Mewakili Sony Music ke Shanghai Muzik Festival,China dan mendapat tempat 3
6)AIM kumpulan baru terbaik
7)Persembahan bersama artis antarabangsa di Hard Rock Cafe bersama Jon B
8)Menjadi artis jemputan utk tirai pembukaan setiap Anugerah seperti AIM,Juara Lagu,HMI dan byk lagi.
9)Persembahan Kool menjadi ikutan peminat
10)Pernah menjadi Ikon utk belia Malaysia.

Kesemua album ni diedarkan oleh

Terbaru tentang Kumpulan Kool ialah gabungan diantara Kool,Nico,AtoZ dan Shades menjadi satu kumpulan diberi nama GenX-4 yg akan muncul dgn lagu single terbaru berjudul Integriti bernaung dibawah syarikat Universal Record.



KOOL Era 2014

 Bagi tahun 2014 adalah titik permulaan KOOL untuk muncul kembali didalam Industri muzik tanahair.
Tetapi kini KOOL yg baru di anggotai oleh Riot KOOL dan Hairie KOOL sahaia utk meneruskan perjuangan KOOL dan akan muncul dgn Single terbaru berjudul Tiada Lagi menampilkan rakan sejuangan AtoZ utk memberi nafas baru kepada para pendengar dan peminat peminat yg sentiasa menyokong KOOL