About Riot Kool

Nama sebenarnya Shaiful Azri Bin Mohd Ariffin dan nama pentas Riot Kool ini adalah salah seorang anggota dari Kumpulan yg terkenal disekitar tahun 90 an iaitu kumpulan KOOL bermaksud Kami Orang Orang Lama.
Riot telah dibesarkan di Kg Baru Kuala Lumpur,anak jati Kuala lumpur ini aktif ketika dibangku sekolah lagi.Beliau adalah anak bongsu pada 14 adik beradik.
Ibu beliau bernama Kamariah bte Abu Hassan.Bapanya bernama Mohd Ariffin Bin Mat telah pergi menyambut seruan ilahi ketika Riot berumur belasan tahun.
Ketika masih kecil lagi Riot telah mula menunjukkan bakat menari dan suka pada irama muzik.
Riot mendapat pendidikan akademi di Sekolah St John Instittution Jalan Bukit Nanas.
Dari awal persekolahan beliau telah aktif bersukan dan mewakili sekolah dalam sukan bolasepak,tennis,sepak takraw dan juga dibidang seni.

Ketika tamat zaman persekolah pada tahun 1989 beliau telah belajar muzik di Yamaha Muzik Kuala Lumpur.Beliau boleh bermain drum dan keyboard.dgn baik.
Selain dari menari,Riot mempunyai kebolehan mencipta lagu dan juga menyanyi.
Pada tahun 1992,Riot mula aktif bertandingan dalam pertandingan menari.Riot juga mempunyai kebolehan menari ala Michael Jackson.
Semenjak itu Riot telah memenangi pelbagai pertandingan seperti Street Beat contest dan juga menjadi Juara disetiap pertandingan Michael Jackson yang dianjurkan.
Paling menarik sekali apabila Pepsi Michael Jackson Search Contest merupakan pertandingan yg paling besar hadiah nya dan dari beribu pesaing,Riot telah muncul juara dan mendapat gelaran Michael Jackson of Malaysia.

Setelah itu Riot mengorak langkah seterusnya apabila mendapat tawaran dari Sony Music untuk menjadi artis rakaman dan disitulah bermula nya Kumpulan KOOL terdiri dari Riot,Hairee,Jay dan Zack.
Genre yang dibawa oleh KOOL ialah Dance Music.
Kumpulan KOOL telah berjaya menambat hati peminat diawal kemunculan apabila memenangi Juara Pop Rock 1995 "Kau dan Aku" ciptaan Ross Ariffin yg ketika itu dinyanyi kan oleh penyanyi asal nya Ning Baizura.
Pada tahun berikut nya Riot berjaya sekali lagi membawa Kool menjadi Juara Pop Rock "Bebas" pada tahun 1996.lagu bebas adalah ciptaan Riot dan Helen Yap.

Mengenai hubungan dan perkahwinan beliau,pernah mendirikan rumahtangga bersama Along Feminin tetapi jodoh mereka berdua tidak berpanjang dan bercerai dgn cara baik.
Sokongan keluarga,rakan- rakan dan peminat amat dihargai oleh Riot.
Persembahan makan malam,persembahan khas utk diraja,dan persembahan amal utk anak anak yatim mendapat perhatian media dan sering diundang utk  membuat persembahan bersama KOOL.

Pada tahun 2000,Riot telah mengumumkan pengunduran dari Kumpulan KOOL setelah mengalami masaalah dimana Riot telah mengadakan pembedahan ditulang selangka nya yg patah ketika beraksi bermain bolasepak bersama rakan artis.
Berehat selama 6 bulan dan selepas itu kembali bersama kumpulan yg baru dibentuk.
Kumpulan itu diberi nama Kami Generasi Baru singkatan pada KGB.Dan bernaung di syarikat Pony Canyon.
KGB dianggotai oleh empat jejaka iaitu Shajiry,Riff,Amy dan Riot.
Lagu Hadir Kasih telah menambat hati peminat dan sekali lagi berjaya menjadi siulan anak muda
ketika itu.
Ketika zaman mengalami kegawatan ekonomi Riot telah berehat dari persembahan pentas dan beralih ke bidang perniagaan dan menguruskan perniagaan keluarganya.

Setelah kembali ke pangkuan Kool pada sekitar tahun 2003,Riot mula mengatur semula ahli ahli asal dan membuat persembahan undangan di media tv ataupun persembahan makan malam.
Kumpulan Kool berhenti merakam kan album ketika tu kerana kegawatan ekonomi  dan beralih pada show atau undangan khas Tribute to Michael Jackson.

Pada tahun 2010,Riot telah membuat satu percaturan yg baru dimana cuba utk menggabungankan 4 Kumpulan terhebat 90an terdiri dari Nico,AtoZ,Shades dan Kool.
Segalanya menjadi realiti apabila keempat-empat kumpulan ini sepakat utk bergabung dan menamakan diri GenX-4
Langkah pertama ada lah merakam kan single terbaru berjudul "Integriti".
Pada pertengahan November 2011 akan berlaku perlancaran single "Integriti" dibawah edaran Universal Record.
Sokongan dari Keluarga,Rakan rakan dan juga peminat amat dihargai,dan ini merupakan hadiah dari Riot untuk peminat yg merindui persembahan mereka.

Kita akan tunggu kemunculan Riot and Kumpulan GenX-4 tidak lama lagi.
Salam sayang dan Stay Kool.


Lot's of love

Riot Kool