Sunday 20 November 2011

Kool Kembali

KOOL bergabung semula?




MASIH ingat kumpulan KOOL? KOOL yang bermaksud Kami Orang-Orang Lama ini dulu popular di tahun-tahun 90-an dengan kebolehan menari sambil menyanyi.
Antara yang pernah menganggotai kumpulan ini adalah Hairie, Jay, Pat, Riot dan Zack. Mereka ini masing-masing memang berbakat.
Hairie memang mempunyai vokal yang baik dan merupakan anak artis Sofia Ibrahim, kakak kepada Datuk Khadijah Ibrahim. Jay, Zack dan Pat memang penari dan Riot pula terkenal dengan jolokan Michael Jackson Malaysia.

Sejak berpecah beberapa tahun lalu, jarang mendengar khabar berita anggotanya yang ketika aktif dahulu sering bertukar silih berganti. Kecuali melihat lakonan Zack di kaca televisyen atau melihat kelibat Pat di Istana Budaya. Yang lain-lain semuanya senyap.
Malah Pat sendiri yang aktif dengan kerja-kerja koreografi dan antara hasil kerjanya menerusi teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan P. Ramlee The Musical. Joyah dengar Jay pula membuka gerai makan di ibu kota dan khabarnya kedai makannya yang menjual pelbagai lauk pauk Melayu itu laris sekali.
Baru-baru ini Joyah dengar anggota kumpulan itu mahu bergabung semula. Hah! Mesti ramai yang nak tengok wajah-wajah terkini anggota KOOL.
Malah mereka juga khabarnya sedang membuat berkira-kira untuk menerbitkan album terbaru. Tak sabar Joyah nak dengar lagu dan melihat mereka menari kembali.
Agak-agak larat ke lagi?

0 comments:

Post a Comment